Relaksasi adalah satu bentuk aktiviti yang boleh membantu mengatasi stress. Teknik ini melibatkan pergerakan anggota badan secara mdah dan boleh dilakukan di mana sahaja.
Teknik ini boleh dilakukan dalam 2 cara samada berbaring atau duduk di kerusi. Bagi anda yang tiada masa terluang, anda boleh melakukan teknik ini di pejabat dalam keadaan duduk di kerusi.
Teknik relaksasi ini hanya mengambil masa 20 minit sahaja.
PERSEDIAAN TEKNIK RELAKSASI
Teknik relaksasi ini hanya mengambil masa 20 minit sahaja.
PERSEDIAAN TEKNIK RELAKSASI
- Pastikan anda dalam keadaan tenang dan bersedia
- Pilih masa dan tempat yang sesuai (duduk di kerusi jika anda di pejabat)
- Bagi yang beragama Islam, anda boleh melakukan teknik relaksasi ini sambil membaca doa, berzikir atau selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
LANGKAH-LANGKAH TEKNIK RELAKSASI
Permulaan
- Luruskan kedua-dua belah kaki. Rapatkan tangan di sisi badan. Tutup mata dan kosongkan fikiran selama kira-kira 2 minit. Sambil itu, anda berdoa dalam hati "Ya Allah, tenangkan hatiku"
Dahi
- Kerutkan dahi dengan mengangkat kedua-dua kening ke atas. Rasakan ketegangan pada otot dahi. Sambil itu, niat "Ya Allah, tenangkan aku". Lakukan dalam arah bertentangan dengan mengerutkan dahi dan kening mengarah ke bawah.
Mata
- Tutup mata. Niat "Ya Allah, tenangkanlah aku". Rasakan ketegangan sekitar otot mata. Buka mata dan rasakan kelegaannya.
Rahang
- Tekan rahang dengan kemas dan ketap gigi serapatnya. Niat "Ya Allah, tenangkanlah aku". Rasakan ketegangannya. Perlahan-lahan buka ketapan gigi dan rahang.
Bibir
- Ketap bibir dengan rapat. Niat "Ya Allah, tenangkanlah aku". Perlahan-lahan lepaskan dan rasakan ketegangannya.
Kepala
- Dongakkan kepala ke atas sehingga rasa ketegangan pada otot leher. Niat "Ya Allah, tenangkanlah aku". Tegakkan kembali kepala dan rasakan kelegaan pada otot leher.
- Tundukkan kepala ke bawah dan rasakan ketegangan pada otot belakang leher. Niat "Ya Allah, tenangkanlah aku". Perlahan-lahan tegakkan kepala dan rasakan kelegaan otot belakang leher.
- Lentukkan kepala perlahan-lahan ke kanan. Tahan sebentar dan rasakan ketegangan pada otot leher. Sambil itu, berdoalah "Ya Allah, tenangkanlah aku", kemudian tegakkan kembali kepala dan anda akan dapat rasakan kelegaan pada otot leher tadi.
No comments:
Post a Comment