Wednesday, 12 February 2014

Terapi Hidro

DEFINISI
Hidroterapi bermaksud terapi air atau rawatan air. Rawatan ini bukan sahaja melakukan aktiviti renang malah aktiviti berendam dalam air juga dilakukan. Terapi hidro menggunakan air sebagai medium semulajadi untuk meringankan atau mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik.

Terapi ini sangatlah sesuai untuk perkembangan fizikal pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental. Otot dan otak diransang kerana pergerakan dalam air lebih mudah dan meredakan ketegangan dan kesakitan.
OBJEKTIF
Terapi hidro perlu dilakukan ke atas murid masalah pembelajaran adalah untuk;
  • membentuk sikap kerjasama
  • memberi keseronokan ketika berada dalam air
  • memulihkan keadaan fizikal, emosi dan spiritual

ELEMEN PENTING DALAM TERAPI HIDRO
Keselamatan di air
  • Apungan 
  • Berenang
  • Pernafasan

FAEDAH TERAPI
  • Air panas meregangkan dan dapat stimulasi sistem pertahanan badan
  • Air sejuk dapat mengurangkan radang
  • Merawat masalah pernafasan
  • Memberi keyakinan dan motivasi
  • Meransang pergerakan
  • Mengurangkan ketegangan otot
  • Meningkatkan kecergasan kardiovaskular

LANGKAH KESELAMATAN
  • Aktiviti regangan sebelum masuk dalam air
  • Pastikan paras air sesuai untuk murid
  • Alatan yang sesuai digunakan
  • Pakaian yang sesuai
  • Kawalan guru yang lebih

AKTIVITI TERAPI
  • Regangan dan pemanasan badan
  • Penyesuaian diri dengan air
  • Membina keyakinan diri
  • Menguatkan motor kasar
  • Kawalan pernafasan
  • Kayuhan kaki dan imbangan
  • Berjalan dalam air dan apungan
  • Berjalan sambil menguak tangan
Baby's Swim Pool Play Rafts
Aqua Therapy Relaxation Support Rings
Junior Swim Collar
Rehab Round Body Support

No comments:

Post a Comment