Monday, 10 February 2014

Terapi Muzik dan Nyanyian

DEFINISI
Menggunakan muzik untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal. Pesakit akan mengalami perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi dapat dicapai dengan teknik tertentu.
"Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina 'I Ching' menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang"
OBJEKTIF
  • Pengurusan Tingkah laku
  • Tingkatkan penglahiran perasaan
  • Tingkatkan harga diri
  • Tingkatkan keupayaan atau kemajuan akademik
  • Kembangkan emosi
  • Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
  • Latih pertuturan
MATLAMAT
  1. Memulihkan kekuatan fizikal
  2. menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan 
  3. memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
  4. memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran
AKTIVITI
  • Membuat pergerakan mengikut lagu
  • Menulis lirik lagu (meluahkan perasaan)
  • Bermain berlatarbelakangkan muzik
  • Mengenal dan membuat latihan guna atau bunyikan alat muzik
  • Latihan praktikal dengan menggunakan alat-alat muzik (bunyian)
MUZIK SEBAGAI SATU CARA RAWATAN
  • Muzik melibatkan tingkah laku manusia yang universal
  • Muzik adalah berdasarkan bentuk fizikal
  • Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia
  • Muzik memberi interaksi antara sesama individu
  • Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal
  • Muzik mempunyai nilai estetika dan pengalaman kreatif
  • Muzik merupakan sumber kepada a
  • Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya biologikal dan neurogikal.
KEBAIKAN TERAPI MUZIK

Murid Terencat Akal
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
  • Meningkatkan kemahiran akademik
  • Meningkatkan kemahiran psikomotor
  • Meningkatkan kemahiran bersosial dan emosi
  • Meningkatkan kemahiran hidup berdikari
  • Meningkatkan kemahiran hidup berdikari
  • Meningkatkan kemahiran berseronok
Murid Bermasalah Pembelajaran
  • Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah laku
  • Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran
  • Meningkatkan kemahiran akademik
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
  • Meningkatkan kemahiran bermuzik
  • Meningkatkan kemahiran berseronok
Murid Bermasalah Kesihatan
  • Intervensi dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakan
  • Intervensi mempunyai pengaruh positif pada otot
  • Intervensi menguatkan otot
  • Intervensi mengawal pergerakan fizikal
  • Menyediakan pengalaman berkomunikasi
  • Meningkatkan penghargaan diri
  • Sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial
Murid Bermasalah Komunikasi
  • Meningkatkan kemahiran pernafasan
  • Meningkatkan kemahiran reseptif dan ekspresif
  • Meningkatkan kemahiran artikulasi
  • Meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan
  • Meningkatkan kemahiran pembetulan suara
  • Memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia
  • Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi dan interaksi
Murid Autistik
  • Menghasilkan komunikasi
  • Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa
  • Meningkatkan interaksi sosial
  • Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi
  • Meningkatkan kemahiran kognitif
Nyanyian Lagu Kanak-kanak
  • Nyanyian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyanyian bertema, nyanyian tanpa muzik, nyanyian dengan iringan muzik dan sebagainya.
  • Unsur lagu nyanyian kanak-kanak adalah mudah difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan
Terapi muzik berkesan bagi meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan sekaligus meringankan tekanan. Terapi muzik membantu pesakit yang mempunyai masalah berkaitan emosi bagi meneroka dan menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Pesakit juga dapat mempraktikkan dalam menyelesaikan masalah secara tidak langsung menyelesaikan konflik mereka.
Terapi muzik  berupaya mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik digunakan secara lebih meluas di hospital dan klinik bersalin bag mengurangkan tekanan dan kesakitan ibu yang hendak melahirkan bayi.  Selain itu, terapi muzik berkesn bagi mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.
Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup bagi pesakit Alzheimer dan penyakit yang hampir serupa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran, masalah pertuturn dan komunikasi di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini. Terdapat juga beberapa bukti di mana muzik dapat merendahkan tekanan darah secara tidak langsung mengurangkan risiko angin ahmar (strok), melegakan ketegangan otot dan meningkatkan daya tahan badan.

No comments:

Post a Comment