Thursday, 30 January 2014

5 Jenis Autisme

Menurut Autism Society of America, berikut adalah 5 jenis autisme iaitu;

SINDROM ASPERGER
Sindrom Asperger (English : Asperger syndrome, Asperger's syndrome, Asperger's disorder, Asperger's atau AS) adalah salah satu gejala autisme di mana penderitanya memiliki kesulitan dalam berkomunikasi sehingga mereka kurang diterima. Sindrom ini ditemui oleh Hans Asperger iaitu seorang doktor berasal dari Austria pada tahun 1944. Meskipun baru sahaja diteliti dan diakui secara luas oleh para ahli pada dekad 1980-an. Sindrom ini dibezakan dengan gejala autisme yang lain dilihat dari kemampuan linguistik dan kognitif para penderitanya yang relatif tidak mengalami penurunan, bahkan dengan IQ yang relatif tinggi atau sama rata. Sindrom Asperger juga bukanlah sejenis penyakit mental.

SINDROM FRAGILE X
Sindrom Fragile X merupakan satu bentuk mental retardasi 'long arm'. Lebih 15% penghidap sindrom ini menunjukkan tingkahlaku dan ciri-ciri kanak-kanak autistik. Tingkahlaku ini termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat, hiperaktif, eye contact yang lemah dan mengibar-ngibarkan tangan. Kebanyakan individu ini berfungi pada tahap masalah ringan kepada yang sederhana. Semakin mereka membesar, perkembangan fizikal mereka menampakkan keunikan yang jelas seperti muka dan telinga yang panjang serta mungkin menghadapi masalah jantung.

SINDROM LANDAU KLEFFNER
Sindrom ini menunjukkan banyak tingkahlaku autisme seperti mengelakkan diri daripada bersosial, mengkehendaki kepada rutin yang sama dan mempunyai masalah bahasa. Mereka sering dianggap menghadapi 'regressive' autisme kerana menunjukkan ciri seperti normal sehingga umur kanak-kanak 3 tahun hingga 7 tahun. Kemahiran bahasa jika ada akan berakhir dengan hilang keupayaan bercakap. Mereka juga memunyai corak gelombang otak yang tidak normal jika dianalisis corak EEG semasa tidur.

SINDROM WILLIAMS
Sindrom Williams adalah penyakit genetik yang bukan berpunca daripada ibu atau bapa. Sebaliknya ia berlaku apabila secebis bahagian pada kromosom nombor 7 iaitu kilang untuk memproses protein bagi menghasilkan elastin yang berfungsi membesarkan salur-salur darah, kulit dan rongga mengikut usia bermula dari dalam kandungan telah hilang. Kehilangan sebahagian cebisan ini telah menyebabkan 70 hingga 80 peratus penghidap berdepan dengan masalah jantung. 
"Setiap kita mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang yang menyimpan 30,000 gen. Apabila terdapat sedikit kecacatan pada kromosom itu, ia akan membentuk pelbagai komplikasi dalam tubuh."
Kanak-kanak sindrom ini kelihatan normal, sangat peramah serta ceria. Sikap ramah mereka kadangkala menimbukan kebimbangan keluarga kerana mereka langsung tidak takut kepada sesiapa. Namun di sebalik keceriaan itu, mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya komplikasi jantung dan saluran usus yang sempit. Malah ada kalangan mereka berdepan dengan masalah kalsium yang tinggi hingga boleh mengundang maut. Sindrom Williams mempunyai ciri-ciri autistik termasuklah perkembangan yang lambat dalam aspek bahasa, sensitif kepada bunyi, tiada penumpuan dan mempunyai masalah sosial. Dengan memiliki keunikan wajah, mereka sebenarnya adalah kanak-kanak sindrom Williams yang jarang ditemui masyarakat Malaysia secara amnya.

SINDROM RETT
Sindrom Rett terjadi akibat kelainan genetik yang mempengaruhi cara otak berkembang. Sindrom ini terjadi secara eksklusif pada anak perempuan. Sindrom Rett mengakibatkan gejala mirip dengan autisme. Banyak bayi sindrom Rett berkembang secara normal pada awalnya, tetapi perkembangannya sering terhambat pada saat mencapai usia 18 bulan. Seiring waktu, anak-anak sindrom Rett, fungsi motorik seperti motor kasar penggunaan tangan, bercakap, berjalan, mengunyah bahkan bernafas adalah tidak normal. Mereka memperlihatkan ciri-ciri seperti kehilangan pertuturan, mengulang memulas tangan, menggoyangkan badan dan mengelak daripada bersosial. Individu sindrom ini mempunyai tahap kerencatan akal yang teruk dan sangat teruk.

No comments:

Post a Comment