Monday, 10 February 2014

Aroma Terapi

DEFINISI
Aroma Terapi merupakan gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hedir dari pati minyak dan terapi bermaksud bagaimana bauan tersebut diaplikasi bagi melegakan atau memulihkan simptom-simptom fizikal dan meningkatkan kesihatan mental.

Istilah 'Aroma Terapi' terdiri daripada 2 patah perkataan iaitu "Aroma" yang bermakna bau atau haruman dan "Terapi" yang bermakna rawatan.

TERAPI AROMA DAN KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS
Terapi aroma sangatlah sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas yang mengalami masalah pembelajaran seperti berikut;
  • Terencat akal
  • Hiperaktif
  • Autisma
  • Sindrom Down
  • Lembam
  • Celebral Palsy
Terapi Aroma dapat membantu menenangkan minda dan emosi kanak-kanak khas serta membantu meningkatkan deria rangsangan bau.

JENIS-JENIS BENTUK AROMA 
Minyak Essential
Stick Incense Aromatherapy
Lilin Aroma Terapi
Minyak Pijat
Garam Mandian
Sabun Aroma

JENIS-JENIS TERAPI AROMA
1. AROMA TERAPI KLINIK
  • menggunakan minyak essential yang diberikan samada ubat minum (internal) atau ubat sapu (external) seperti mandian, urutan dan sebagainya
  • dilakukan oleh doktor terlatih atau pakar terapi
2. AROMA TERAPI HOLISTIK
  • penerapan aroma terapi dengan menggunakan rawatan dari aspek diet, gaya hidup dan olahraga
3. AROMA TERAPI ESTETIK
  • digunakan untuk mementingkan kecantikan dan kesegaran tubuh badan seseorang
  • biasanya dilakukan di salon kecantikan yang dikendalikan oleh pakar kecantikan terlatih
  • Contoh : perawatan wajah, rambut, kaki, tangan, kuku dan kulit

JENIS BAU-BAUAN YANG DIGUNAKAN DALAM AROMA TERAPI
1. LAVENDER
  • berfungsi mengurangkan tekanan
  • mengawal emosi yang tidak stabil
  • meningkatkan daya tahan tubuh
  • mengurangi sakit otot
2. JASMIN
  • mengurangkan stress
3. ROS
  • menenangkan emosi
4. BLOSSOM
  • meningkatkan tumpuan
  • mengurangkan sakit kepala

KEPENTINGAN AROMA TERAPI
  • membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi
  • membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
  • merangsang pemikiran dan kreativiti murid
  • memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
  • meningkatkan kemahiran pengamatan

No comments:

Post a Comment