Thursday, 30 January 2014

Keunikan Anak Disleksia

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak tersebut dewasa. Disleksia bukan sejenis penyakit. Disleksia merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal.
Penghidap disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan sekiranya diberi tindakan sewajarnya. Sesetengah penghidap disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir.
 CIRI-CIRI PENGHIDAP DISLEKSIA 
  • Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan.
  • Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan penulisan yang tidak kemas
  • Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca.
  • Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan huruf "b" pula dianggap "d"
  • perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja sehingga habis
  • Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memkirkan orang lain.
  • Sering berlaku di kalangan lelaki.
  • Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak lahir tidak cukup bulan, anak-anak lahir daripada ibu yang sudah berumur atau kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan di kepala.
 PUNCA GANGGUAN DISLEKSIA 
Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ia berpunca dari kemalangan.
Selain itu, berkemungkinan besar penghidap disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap disleksia adalah dari latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.

 RAWATAN YANG SESUAI UNTUK PESAKIT DISLEKSIA 
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.

No comments:

Post a Comment