Thursday, 30 January 2014

Seaktif Si Hiperaktif

Menurut Jamilah (2005), masalah hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat. 
Terdapat 2 jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang daya tumpuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi untuk kedua-dua masalah ini adalah bersifat fisiologi dan biologi. Manakala menurut Sheila & Samsilah (2006), ADHD adalah satu keadaan yang meletakkan kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku yang terlampa aktif dan impulsif.

CIRI-CIRI Attention Deficit Disorder (ADD)
1. Mudah terganggu oleh ransangan luaran
2. Sukar mendengar atau mematuhi arahan
3. Sukar memberi tumpuan dan perhatian
4. Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan
5. Kemahiran belajar yang lemah
6. Kanak-kanak sukar berdikari 

CIRI-CIRI Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD)
1. Mempunyai tahap aktiviti yang tinggi
2. lebih cenderung mengikut gerak hati
3. Kurang kawalan diri
4. Kesukaran menerima peralihan dan perubahan aktiviti
5. Mempunyai tingkah laku yang agresif dan terlampau
6. Kanak-kanak tidak matang dalam pergaulan sosial
7. Mempunyai sifat rendah keyakinan diri
8. Mudah kecewa

No comments:

Post a Comment