 |
WISEL |
 |
BOLA PING PONG |
 |
PENYEDUT MINUMAN |
 |
PENIUP HARI JADI |
 |
LILIN |
 |
KERTAS |
Selain itu, banyak alternatif moden yang boleh digunakan untuk mengurangkan atau merawat masalah pertuturan kanak-kanak. Alat-alat bantuan pertuturan kanak-kanak. Alat-alat bantuan pertuturan ini kebiasaannya disediakan oleh pakar pertuturan di hospital tertentu. Antara alat terapi dan kaedah moden yang digunakan ialah;
- Penilaian Awal bahasa dan pertuturan - Penilaian ini merupakan penilaian asas bagi kanak-kanak yang bermasalah pertuturan dan bahasa.
- Set kemahiran mendengar dan bertutur - Set ini menggunakan alat permainan dan bahan bantu mengajar yang mengandungi langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah dalam mendengar dan bertutur.
- Buku membaca dengan kaedah S.I (dengan latihan) - Teknik membaca dengan latihan yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai perkembangan bahasa yang lewat.
- Kad imbas berlamina - Kad imbas berlamina yang menggunakan gambar-gambar objek di sekeliling kanak-kanak bagi merangsang keupayaan bertutur mereka.
- CD Clipart - Gambar objek dan kata kerja yang disedikan dalam bentuk JPEG boleh digunakan untuk menarik minat kanak-kanak dalam pertuturan
- Kad imbas S.I - Merupakan kad imbas yang bersaiz kecil dan dilaminakan supaya tidak mudah rosak dan mudah dibawa ke mana sahaja bertujuan sebagai latihan sebutan dan bacaan kanak-kanak pada bila-bila masa dan tempat.
- Aktiviti kraf - Menggunakan pelbagai alatan seperti kain, kertas warna, butang, manik, tali manik, mata, dawai bunga, gunting pelbagai corak, gam, jarum dan benang bertujuan menggalakkan kanak-kanak sebut dan sentuh.
- Hand Puppet - Puppet yang mulut dan tangannya boleh digerakkan untuk merangsang keinginan kanak-kanak untuk bertutur
- Finger Puppet - Menggunakan puppet jari dengan watak haiwan untuk membantu merangsang pertuturan.
- Perisian doktor Speech - Merupakan latihan dalam perisian komputer yang berbentuk interaktif, tersusun dan mudah digunakan bagi membantu pengeluaran dan pengawalan suara.
- Perisian nasal view - Latihan yang digunakan untuk penilaian dan terapi kanak-kanak yang mengalami masalah sengau dalam pertuturan.
- Five - Alat pengurut berbateri dengan tekstur berbeza digunakan di kawasan sekitar luar mulut bagi kanak-kanak hiposensitif.
- Echo Microphone - Mikrofon yang menghasilkan gema apabila bercakap melaluinya. Alat ini dapat menggalakkan kanak-kanak mengeluarkan suara.
- Stiker pelbagai warna dan karektor - Digunakan sebagai ganjaran dalam pembelajaran
No comments:
Post a Comment