Terapi Pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental. Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing.
Selain itu, ia juga melibatkan aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan atau intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti penggunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.
Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Terapi ini bertujuan membantu murid menghasilkan bunyi bahasa dan melatih murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya murid tersebut gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu.
Kebiasaanya, guru memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat membantu murid.
Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir. Terapi pertuturan juga merupakan salah satu aktivti yang membantu murid untuk mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau, sumbing dan sebagainya.
PUNCA MASALAH
- Masalah pendengaran
- Lewat perkembangan
- Otot lisan lemah
- Kecacatan Masa Lahir
- Masalah pernafasan
- Kecederaan otak
- Masalah dalam proses menelan makanan
STRATEGI PEMULIHAN
- Aktiviti intervensi bahasa
- Terapi artikulasi
- Terapi motor lisan
JENIS PESAKIT
- Kanak-kanak lewat pertuturan
- Bibir atau lelangit sumbing
- Kanak-kanak dengan masalah pertuturan
- Gagap atau sengau
- Pesakit strok
AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN
- Menggerakkan lidah ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan
- Membunyikan vokal dengan panjang
- Aktiviti senaman muka dan mulut
- Meniup belon
- Tiup bola ping pong dalam bekas berisi air
KEPENTINGAN TERAPI PERTUTURAN
- Melatih murid menguasai kemahiran tertentu. Contoh, jika terapi pertuturan dijalankan kita dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur khususnya. Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan.
- Membantu murid menghasilkan bunyi bahasa. Terapi pertuturan ini dapat membantu murid mengeluarkan bunyi bahasa yang lebih bermakna. Kebanyakkan murid yang mengalami masalah pertuturan akan mengeluarkan bunyi yang kurang difahami oleh orang lain. Dengan pelaksanaan terapi pertuturan, murid dapat menghasilkan bunyi bahasa yang lebih bermakna.
- Meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial. Terapi pertuturan dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan orang lain. Contoh, jika murid yang mengalami masalah pertuturan, sifat rendah diri mereka untuk bergaul dengan orang lain akan kurang. Apabila mereka dapat bertutur walaupun bukan sepenuhnya, tahap keyakinan mereka untuk bergaul dengan orang lain akan meningkat. Selain itu, tahap kognitif mereka juga akan meningkat daripada pengalaman bergaul dengan orang lain.
- Meningkatkan tahap keupayaan murid. Tahap keupayaan murid khusunya bertutur akan lebih meningkat. Contoh, apabila murid yang mengalami masalah pertuturan dapat bertutur, hal ini akan memberi kesan positif dalam diri murid termasuklah tahap keupayaan murid dalam bidang lain seperti pelajaran.
- Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi. Terapi pertuturan dapat membantu merangsang alat-alat pertuturan murid dan meningkatkan tahap komunikasi murid-murid yang mengalami masalah pertuturan. Contoh, apabila terapi pertuturan dilakukan, secara langsung alat-alat pertuturan seperti mulut, lidah, gigi dan gusi akan bergerak dan bertindak balas antara satu sama lain. Hal ini akan membantu murid bertutur dengan cara yang lebih baik dan berkesan. Selain itu, apabila murid sudah mula menggunakan alat-alat pertuturan dengan betul, hal ini akan membantu murid berkomunikasi dengan lebih baik.
- Membantu murid menyampaikan maklumat kepada individu lain. Terapi pertuturan dapat membantu murid menyampaikan maklumat dengan betul kepada orang lain dan meluahkan perasaan mereka dengan cara yang betul. Contoh, apabila murid terbabit sudah pandai bertutur, maka mereka akan meluahkan perasaan mereka dengan orang yang bersesuaian. Apabila mereka mahu makan, mereka akan memberitahu dan tidak terus mencapai makanan yang mereka mahu.
- Membantu meningkatkan kemahiran sosial. Terapi pertuturan ini akan meningkatkan kemahiran sosial murid. Murid akan tahu cara kemahiran sosial dengan lebih baik. Contoh, mereka akan tahu cara untuk bercakap pada tempat dan situasi yang sesuai. Mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan mudah dan lebih baik apabila bergaul dengan orang lain.
- Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri. Murid akan dapat meningkatkan diri dalam hidup dan pergaulan apabila terapi pertuturan berkesan. Contoh, apabila mereka dapat bertutur dengan lebih baik, peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan pada tahap yang lebih tinggi akan wujud dan keyakinan mereka.
No comments:
Post a Comment