DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” (JPK, KPM, 2008)
"Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihn khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan"
(National Association for Remedial Education 'NARE' Great Britain - 1977)
"Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira."
(Panduan Am KBSR - 1982)
MURID PEMULIHAN KHAS
Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. (JPK, KPM, 2008)
KUMPULAN SASARAN
Program Pemulihan Khas dijalankan untuk menampung keperluan-keperluan murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal.
KUMPULAN SASARAN
Program Pemulihan Khas dijalankan untuk menampung keperluan-keperluan murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal.
1) Masalah pembelajaran akibat;
a. ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
b. sering tidak hadir ke sekolah
c. cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
d. leka dan lambat
No comments:
Post a Comment