Monday, 3 February 2014

Peristiwa Penting Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas

  1. DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT (1948) meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan 'keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.
  2. Pada tahun 1959, PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) telah mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA di mana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kanak-kanak normal.
  3. AKTA PELAJARAN 1961 dalam BAHAGIAN 1 (Tafsiran) dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya.
  4. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1978) telah mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia di mana tanggungjawab kementerian tertentu adalah sebagaimana berikut;
  • Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.
  • Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.
  • Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko. Selain daripada itu dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet tersebut juga Akta Pelajaran 196 telah disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.

No comments:

Post a Comment