Dari segi pemakanan kanak-kanak autisme, kita hendaklah menitikberatkan penyediaan makanan yang berkhasiat dan mengandungi organik untuk mereka. Makanan seperti buah-buahan serta sayuran hendaklah diperbanyakkan. Pengambilan makanan yang mengandungi banyak gula, bahan pengawet dan makanan yang berwarna-warni hendaklah dikurangkan. Makanan tambahan juga boleh diberikan kepada mereka.
Antaranya pengambilan vitamin dan zat galian lain yang seimbang adalah baik untuk kesihatan mereka. Selain itu, Cod Liver Oil, sumber vitamin A dan asid omega-3 adalah baik untuk kesihatan kerana ia member manfaat kepada badan, otak, fungsi mata dan system imun tubuh. Perubahan daripada kanak-kanak auitsma dapat dilihat dari segi komunikasi serta daya tumpuan mereka bertambah baik apabila mereka mula mengambil makanan-makanan tambahan berkenaan. Selain itu, pelbagai rawatan homeopati, senaman, terapi sauna infra-red, terapi oksigen, tilam magnetik dan teh herba juga merupakan antara terapi yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak autisme.
Ada antara kanak-kanak autism juga memberikan tindak balas yang positif apabila Diberikan pemakanan tanpa gelatin atau tanpa kafein. Gelatin terdapat di dalam makanan yang berasaskan gandum, barli atau bijirin. Manakala, kafein pula boleh didapati di dalam susu, keju atau bahan tenusu yang lain. Namun begitu, semuanya masih bergantung pada system tubuh kanak-kanak itu sendiri. Untuk kebaikan mereka, rujuklah pada pakar gastro dan pakar pemakanan yang berdekatan. Apa yang penting adalah kita haruslah memastikan mereka mendapat makanan yang cukup dari segi kalori, nutrein dan pemakanan yang seimbang adalah perkara utama yang harus diberi perhatian. Terdapat beberapa kajian telah dilakukan bagi memperjelaskan masalah pemakanan bagi kanak-kanak autisme.
Selain itu, terdapat juga antara kanak-kanak autisme ini yang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti. Mereka hendaklah dibawa berjumpa dengan pakar pemakanan di hospital sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Jangan sesekali abaikan perkara ini.
No comments:
Post a Comment