Seorang kanak-kanak Sindrom Down memerlukan belaian kasih sayang, perlindungan dan motivasi seperti kanak-kanak yang lain malahan ia akan lebih banyak membantu sekiranya mereka dibawa bersama bergaul dan sentiasa berinteraksi dengan keluarga setiap hari. Keluarga dan orang sekeliling mereka perlu mencurahkan kasih sayang dan menyediakan persekitaran yang menceriakan sebagai asas utama yang menjamin membantu perkembangan kanak-kanak. Selain itu terdapat iuga pelbagai kaedah mempromosi perkembangan kanak-kanak Sindrom Down di mana antara pendekatan yang terbukti mampu membantu perkembangan kanak-kanak tersebut adalah mencapai kejayaan mengikut keupayaan dan potensinya melalui :
- Penjagaan kesihatan yang berkesan
- Mempunyai kemahiran dan tanggungjawab keibubapaan yang baik
- Mewujudkan suasana kekeluargaan yang harmoni
- Intervensi awal untuk membantu dan menjana pertumbuhan kanak-kanak
- Pendidikan yang baik lagi sempurna
Perkara mustahak yang perlu diambil perhatian bersama agar mereka tidak diabaikan tetapi perlu dipastikan sentiasa mempunyai tahap perubatan dan penjagaan kesihatan yang optima sepertimana juga yang dinikmati oleh kanak-kanak yang lain;
- diberikan pemeriksaan kesihatan dan perubatan awal sekiranya sakit
- Suntikan imunisasi yang dinasihatkan oleh Bahagian Klinik Ibu dan Kanak-kanak
- Pemberian makanan berzat
- Mengamalkan cara hidup sihat
- Suasana persekitaran untuk membesar dengan selamat dan menyihatkan
No comments:
Post a Comment