Turner, Foster dan Johnson (2002) mendefinisikan terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur.
Menurut NASAM, terapi cara kerja meruapakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Terapi ini tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti kehidupan seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah.
OBJEKTIF
- membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik
- memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik
- membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian
KEPENTINGAN
- dilakukan bagi membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik
- meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada
- meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur
AKTIVITI
Aktiviti terapi cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun, guru pendidikan khas juga bolh melakukan terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah.
Antara aktiviti yang boleh dibuat adalah;
- Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup
- Latihan pravokasional
- Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan
- Laihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif
No comments:
Post a Comment