Saturday, 8 February 2014

Terapi Fisio

Terapi Fisio  adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat dan melempar bola.
Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Terapi fisio boleh didefinisikan sebagai rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah berikut;
  • mengurut
  • manipulasi
  • latihan teraputik
  • penyejukan dan pemanasan
  • terapi hidro
  • ransangan menggunakan elektrik
  • ransangan menggunakan cahaya

Kesemua kaedah di atas adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit.
Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih. Aktiviti terapi fisio yang dilaksanakan adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu.
Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti;

LATIHAN BERPUSATKAN MOTOR HALUS
Memotong
Menggunting
Mencabut
Meramas
Menguli
Merenyuk
Memicit

LATIHAN BERPUSATKAN MOTOR KASAR
Membaling
Menolak
Memukul
Melambung
Menyambut

LATIHAN IMBANGAN
Berdiri dengan sebelah kaki
Membawa buku di atas kepala
Berdiri di atas kerusi

LATIHAN KOORDINASI
Memasukkan jarum ke dalam lubang manik
Melambung dan menyambut bola pelbagai saiz

No comments:

Post a Comment