Friday, 7 February 2014

Tunjang Komunikasi

TUNJANG KOMUNIKASI terdiri daripada subjek;
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah subjek wajib bagi semua murid prasekolah manakala mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil pula hanya dipelajari bagi murid prasekolah aliran Cina dan Tamil sahaja. Bersesuaian dengan keperluan semasa dan berpandu kepada teori pembelajaran yang menyatakan kanak-kanak mampu belajar lebih daripada satu bahasa secara langsung dan tidak langsing, maka dengan itu KSPK telah memperuntukkan lebih masa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris berbanding dengan apa yang terdapat dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan tahun 2003.

FOKUS UTAMA
  1. Kemahiran ini merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis bagi murid. Bahasa yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat keupayaan murid prasekolah untuk mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa.
  2. Seni bahasa pula berkaitan dengan keupayaan murid prasekolah mengungkap keindahan bahasa melalui aktiviti-aktivitu permainan bahasa yang menarik seperti berlakon, menyanyi atau mendeklamasikan sajak.

No comments:

Post a Comment