Friday, 7 February 2014

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Tunjang bagi aspek kerohanian, sikap dan nilai terbahagi 2 iaitu;
PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam diajar kepada murid beragama Islam selama 2 jam seminggu. Pendidikan Islam memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah dan 2 kalimah Syahadah. Murid prasekolah akan diajar berkenaan bersuci, wudu', melakukan pergerakan solat, mencontohi adab Nabi dan melakukan aktiviti harian mengikut adab. Pada masa yang sama murid prasekolah akan diajar tentang perkara-perkara asas bahasa Al Quran, mengenal huruf hijjaiyah dan Jawi serta menghafaz surah-surah pendek serta doa-doa pilihan. Guru bertindak mengajar prasekolah melalui aktiviti seperti sessi bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.
PENDIDIKAN MORAL
Pendidikan Moral bagi murid prasekolah pula memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Tiada sebarang aktiviti yang spesifik dijalankan bagi mata pelajaran pendidikan moral. Nilai-nilai murni KSPK adalah seperti kepercayaan kepada Tuhan, baik hati,bertanggungjawab, berterima kasih, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2010).

No comments:

Post a Comment