Thursday, 30 January 2014

Kasihannya Kanak-kanak Lembam

Lembam bermaksud lembap, tidak cergas atau lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran atau menerima pelajaran). Murid kategori ini mempunyai tahap keupayaan intelek yang sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal. Murid mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun, menyimpan dan mengingat dengan berkesan.
 CIRI-CIRI LEMBAM 
1.  Bermasalah mengenal bentuk huruf
2.  Bermasalah menyebut bunyi huruf dengan tepat
3.  Menyebut atau membunyikan sesuatu bunyi huruf dengan perlahan
4.  Menutup muka dengan buku semasa belajar
5.  Membaca setiap perenggan terlalu lama
6.  Ejaan perkataan seringkali salah
7.  Menulis perkataan terlalu kecil, rapat dan condong
8.  Jarak antara perkataan yang ditulis terlalu jauh
9.  Lambat sewaktu menulis
10. Huruf dan perkataan ditulis tidak seragam
11. Mempunyai konsep kendiri rendah
12. Masa menumpukan perhatian terhadap pelajaran terlalu singkat
13. Perhatian mudah dialihkan terhadap rangsangan luar
14. Hanya boleh mengikuti arahan yang ringkas dan jelas sahaja

No comments:

Post a Comment