Sunday, 2 February 2014

Bagaimana Mendidik Anak Autisme Menjadi Normal?

1. Perbanyakkan Aktiviti Seni dan Kraf
Kanak-kanak autisme mempunyai tenaga yang sangat aktif. Kanak-kanak autisme akan berpusing-pusing atau berlari tanpa penat. Cara terbaik untuk mengalirkan tenaga yang banyak di kalangan anak autisme adalah melalui aktiviti seni. Kita boleh pelbagaikan aktiviti seni setiap hari atau minggu bagi menarik perhatian mereka. Berikan mereka ruang itu dan tidak mengapa sehingga mereka bosan. Biar tenaga mereka disalurkan ke arah pembentukan kreativiti dan imaginasi mereka. Ketahuilah bahawa anak autisme ini adalah sangat bijak dan kadang kala lebih bijak jika dibandingkan dengan anak normal yang lain sekiranya mereka sembuh nanti.
2. Terapi Al Quran
Ketika berdepan dengan situasi kanak-kanak autisme yang tantrum, selain daripada membaca doa ringkas dan menyebut أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, Surah Taha adalah surah yang terbaik untuk melembutkan hati kanak-kanak autisme. Amalkan bacaan surah itu dari ayat 1 hingga 5 dan bisikan ke telinga sambil diusap ubun-ubun kepala mereka sebelum mereka tidur. Boleh juga dibacakan surah itu sehingga habis dan beri mereka minum atau dibuat susu. Sedangkan Sayyidina Umar Al-Khattab yang digeruni dengan wajah yang garang tersentuh hatinya tatkala mendengar alunan surah ini dibacakan, inikan pula anak yang kita kasihi. Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati. Perkara yang paling penting adalah keyakinan kita. Jika kita betul-betul yakin dengan apa yang kita lakukan itu mampu menyembuhkn anak autisme kita.
3. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan hanya dapat membantu mengendalikan gejala autisme. Vitamin, gizi suplemen, antidepresan dan ubat-ubatan antipsikotik menunjukkan hasil yang positif dalam mengubati kes autisme.
4. Terapi Perilaku
Terapi perilaku membantu mengubah perilaku berulang, tidak pantas dan agresif. Terapi ini dilakukan untuk membantu anak autisme. Memberi hadiah atau ganjaran setiap kali anak mampu melakukan tahap tertentu akan membantu anak autisme untuk belajar dengan meniru (imitasi)
5. Terapi Komunikasi
Terapi komunikasi membantu bahasa dan perkembangan non-verbal. Terapi bicara dan interaksi sosial sering digunakan untuk membantu mengatasi hambatan emosional dalam komunikasi. 
6. Bawa Anak Lihat Dunia Luar
Sebahagian besar daripada kita akan membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan keraguan mereka. Itu satu tindakan yang betul. Selepas itu atau sebelum itupun kita boleh membawa anak kita keluar bergaul bersama komuniti untuk melihat interaksi anak kita bersama yang lain. Doktor bertindak sebagai pemberi nasihat dan terapi untuk anak kita, namun praktikal kehidupan seperti membawa mereka bergaul adalah lebih bermanfaat. Kita juga boleh membawa anak kita bersiar di taman permainan di pusat membeli belah secara rutin bagi memberi peluang kepada mereka untuk belajar tentang dunia luar seperti anak normal yang lain.

No comments:

Post a Comment