Pendidikan khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.
Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas (Hallahan & Kaufman, 2000)
Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan murid daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat.
SIAPA KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS?
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang sederhana atau biasa.
1. dalam ciri-ciri mental
2. keupayaan deria
3. dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal
4. dalam tingkah laku sosio-emosi
5. dalam keupayaan komunikasi atau
No comments:
Post a Comment