Sunday, 2 February 2014

Kanak-kanak Disleksia Yang Hebat

ALBERT EINSTAIN
Albert Einstein (Mac 14, 1879 - April 18, 1955) menjadi salah satu pemikir yang paling penting dan tersohor. Beliau menderita disleksia kerana ingatan yang teruk dan kegagalan beliau mengingat hal-hal yang sederhana. Beliau tidak mampu mengingat bulan pada tahun namun ia akan berhasil dalam memecahkan beberapa rumus matematika paling rumit waktu tanpa sebarang kesulitan. 

HANS CRISTIAN ANDERSEN
Hans Cristian Andersen (Apr 2, 1805 - Ogos 4, 1875) merupakan penulis cerita fantasi kanak-kanak. Beliau adalah salah seorang penghidap disleksia dan beliau telah menunjukkan kepada dunia bahawa ketika kita menginginkan sesuatu tiada yang dapat menghentikan kita dari terus mendapatkannya. Buku-buku yang ditulis oleh beliau telah diterjemahkan ke dalam ratusan bahasa yang berbeza. Beliau pernah menulis buku seperti "The Emperor's New Clothes", "The Princess and The Pea", "Thumbelina", "The Snow Queen", "The Ugly Duckling" and "The Little Mermaid".

ALEXANDER GRAHAM BELL
Alexander Graham Bell (Mei 3, 1847 - Ogos 2, 1922) dikenali sebagai tokoh yang terlibat dalam penemuan telefon di mana sebenarnya beliau membuat kajian bagi membolehkan orang tuli untuk mendengar. Ketika Alexander 12 tahun, ibunya perlahan-lahan menjadi tuli dan beliau sangat sensitif terhadap orang cacat. Setelah tua, beliau selalu mencari cara bagi menyembuhkan mereka menggunakan kaedh teknologi. Alexander sendiri telah dikesan menghidap disleksia dan mengakibatkan beliau bermasalah ketika di sekolah namun begitu beliau selalu menunjukkan minat belajar khususnya bidang biologi.

TOM CRUISE
Thomas Cruise Mapother IV (dilahirkan pada July 3, 1962) dikenali sebagai Tom Cruise adalah aktor Amerika dan produser filem popular. Cruise menyatakan bahawa bahawa beliau menderita pada zaman kanak-kanaknya. Setelah melewati 15 buah sekolah dalam tempoh 12 tahun, Cruise telah menjadi korban buli di sekolah.

WALTER ELIAS DISNEY
Walter Elias Disney (Dis 5, 1901 - Dis 15, 1966) adalah seorang produser filem Amerika, sutradara, penulis skrip, aktor, animator, pengusaha dan dermawan. Disney terkenal sebagai salah satu tokoh yang paling berpengaruh dan inovatif di bidang hiburan selama abad kedua puluh. Disney adalah penghidap disleksia di mana beliau terganggu pelajarannya dari aspek kesulitan membaca. Ketika Disney sedang menghadiri sekolah menengah, beliau juga telah pergi ke Academy of Fine Arts. Hal ini menyebabkan beliau memiliki 2 karya sekolah daripada siswa rata-rata di atas fakta bahawa ia juga berurusan dengan disleksia.

No comments:

Post a Comment