Tunjang ini memberi peluang kepada murid-murid prasekolah untuk mengenali dan memahami ilmu kemanusiaan dan amalan kemasyarakatan serta perhubungan dengan persekitaran samada antara keluarga, rakan sebaya dan komuniti lain.
Tunjang kemanusiaan memberi penekanan terhadap pemahaman budaya dan tradisi kepelbagaian kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan setiap kaum bagi menyemai semangat patriotisme dan memupuk nilai-nilai perpaduan.
Perkara dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran di prasekolah di mana ia dilaksanakan melalui 2 MODUL iaitu;
MODUL ASAS
MODUL ASAS
TUJUAN - Penguasaan literasi awal 4M bagi kanak-kanak adalah membaca, menulis, mengira dan menaakul. Modul asas diberi masa khas dalam jadual waktu di prasekolah iaitu pada awal tahun. Masa yang diambil adalah 35% dan berkurangan pada akhir tahun sekiranya murid sudah mampu menguasai kemahiran asas 4M.
KANDUNGAN - Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (untuk prasekolah aliran Bahasa Cina, Bahasa Tamil (untuk prasekolah aliran Bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan permainan luar.
MODUL BERTEMA
TUJUAN - Pengajaran dan Pembelajaran bermakna bagi murid prasekolah di mana ia menyepadukan kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
KANDUNGAN - Berbeza dengan modul asas, pada awal tahun modul bertema akan mengambil masa lebih kurang 35% tetapi peratus masa semakin meningkat sehingga ke akhir tahun.
No comments:
Post a Comment