Friday, 7 February 2014

Tunjang Ketrampilan Diri

Emosi merupakan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Emosi dapat menambah minat dan keseronokan terhadap pengalaman kanak-kanak setiap hari serta emosi menjadi penggerak terhadap semua tindakan. Pendidikan prasekolah sangat memberi penekanan khusus terhadap perkembangan sosioemosi bagi kanak-kanak seperti memupuk ciri-ciri kepimpinan, semangat kekawanan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Walau bagaimanapun, perkembangan sosioemosi kanak-kanak akan berlaku sepanjang masa tanpa sebarang aktiviti yang spesifik. 
Hal ini kerana, sekiranya kanak-kanak menghadapi masalah di prasekolah maka kanak-kanak tersebut akan turut mengalami emosi yang kurang stabil ketika berada di peringkat sekolah rendah kelak. Apabila perkembangan seorang kanak-kanak itu meningkat, emosi mereka juga akan berubah kesan daripada keseluruhan pertumbuhan kanak-kanak hingga menampakkan kematangan. 
Secara lazimya, kanak-kanak akan meluahkan emosi mereka secara terbuka seperti menangis sepuas hati ketika sedih atau menjerit ketawa ketika bermain.


Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek;
  1. mengenali dan mengurus emosi kendiri
  2. pencapaian tahap emosi yang positif
  3. pembinaan konsep kendiri positif
  4. membina kemahiran interaksi dan kemahiran sosial

No comments:

Post a Comment