Friday, 7 February 2014

Tunjang Sains & Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi pendidikan Awal Sains, Awal Matematik, aktiviti pembinaan dengan menggunakan blok atau melalui penggunaan sistem teknologi maklumat.

Awal Sains memberi peluang kepada kanak-kanak bagi meneroka persekitaran dengan penggunaan deria dan peralatan yang mudah. Hasil daripada penerokaan ini, perasaan ingin tahu akan mula wujud dalam diri kanak-kanak. Kemahiran asas bagi awal sains adalah kemahiran memerhati, mengukur, menggunakan unit bukan piawai, membuat perbandingan dan mengkelaskan sesuatu perkara (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2010). 
Awal Matematik pula membekalkan pengalaman awal matematik yang menarik melalui aktiviti yang menyeronokkan. Tunjang ini lebih memfokuskan tentang kemahiran daripada perolehan pengetahuan dan guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan atau hasil daripada penerokaan murid-murid. Tunjang ini turut menyediakn peluang kepada murid prasekolah tentang kemahiran-kemahiran asas bagi menggunakan peralatan teknologi maklumat atau multimedia.

No comments:

Post a Comment