Friday, 7 February 2014

Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika

Perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan yang memberi penekanan kepada penjagaan tabiat yang bakal diamalkan akan dimanfaatkan sepanjang hayat mereka.
Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk kanak-kanak bagi skop-skop seperti berikut;
  1. Perkembangan fizikal bagi meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar murid selain daripada memahirkan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak
  2. Mendidik kanak-kanak tentang penjagaan kesihatan terutama tentang pemakanan berkhasiat dan seimbang
  3. Memberi penekanan kepada kanak-kanak tentang keselamatan diri dan penjagaan kehormatan diri terutama bagi kanak-kanak perempuan
Perkembangan kreativiti merangkumi seni muzik, seni visual, drama, pergerakan kreatif melalui tarian atau senaman aerobik. Guru lebih memberi perhatian terhadap proses berbanding dengan produk yang bakal terhasil. Aktiviti tunjang ini bukan sahaja meningkatkan daya kreativiti, memupuk daya imaginasi, bakat dan apreasiasi tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran terhadap konsep-konsep tunjang yang lain. Kanan-kanak diberi peluang untuk mencetus idea, menunjuk bakat dan melibatkan diri dalam aktiviti.

No comments:

Post a Comment